Followers

Doa

Doa

Saturday, July 16, 2011

Aktiviti Bulan Jun dan Julai

Antaranya:
Bulan Jun



Program Jejak Prestasi 2011








Program Jejak Prestasi diadakan pada 1 Julai 2011 bermula jam 8.00 pagi. Ibu - bapa hadir untuk mengetahui prestasi anak - anak mereka di dalam peperiksaan pertengahan tahun 2011. Program ini dijalankan di dewan Sultan Muzaffar Syah untuk para pelajar tingkatan 5 dan di kelas untuk lain - lain tingkatan. Dengan adanya program ini para pelajar dapat berjumpa dan berbincang dengan guru kelas dan guru matapelajaran anak- anak mereka untuk mengetahui perkembangan pelajaran anak masing - masing. Diharapkan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa dapat meningkatkan kecemerlangan MOZAC.












Sempena Bulan Membaca dan bulan Bahasa, guru- guru bidang Bahasa mengadakan suatu program iaitu Simultaneous Multilingual Public Speaking Marathon. Selama 4 jam para pelajar tingkatan 1,2 dan 4 serta guru - guru Bahasa berpeluang untuk membuat pengucapan awam dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Perancis secara serentak. Diharapkan para pelajar mendapat faedah dari program ini untuk memiliki keyakinan dalam menyampaikan pengucapan awam secara baik. 



Jamuan AAT 2011


Tanda penghargaan kepada semua pelajar dan guru yang menjayakan Pertandingan Anugerah Asrama Terbuka 2011 walaupun kita hanya berjaya mendapat tempat ke 7 SBP tetapi Tahniah diucapkan....




Program Jalinan Kasih Siri 3



Pada 17 Jun 2011, Panitia pendidikan Islam dan Panitia Pendidikan Moral telah bekerjasama untuk Program Jalinan Kasih. Pada sebelah petang, Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan amali sembelihan, dimana para pelajar tingkatan 4 telah diberi peluang untuk menyembelih ayam.Tahun ini ayam yang diperuntukkan hanya 37 ekor tetapi malangnya kami hanya dapat menikmati 35 ekor sahaja kerana seekor telah mati(x tau nape??) dan lagi 2 ekor urat mari' dan urat halkumnya tidak disembelih habis.Kemudian telah bekerjasama untuk membersihkan ayam untuk BBQ pada sebelah malam bersama - sama guru - guru panitia Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.

BEST GILER !!!




Sijil penghargaan dari Jabatan Pelajaran Melaka & KPM

Sempena Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) kali ke 38 di Kolej Tunku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan, MOZAC telah menerima beberapa sijil penghargaan KPM. Berikut adalah senarai anugerah yang telah diperolehi oleh sekolah:

1. Anugerah Keputusan Cemerlang PMR 2010
2. Anugerah GPS mengatasi norma Sekolah Kluster Kecemerlangan PMR 2010
3. Anugerah Perak pencapaian semua matapelajaran straight A's PMR 2010
4. Anugerah Perfect Score matapelajaran Kebitaraan Matematik PMR 2010
5. Anugerah Khas - 100 % gred A matapelajaran Matematik PMR 2010
6. Anugerah Khas - 100 % gred A matapelajaran Kemahiran Hidup Pilihan 2 PMR 2010.



MOZAC telah mendapat sijil - sijil penghargaan dari PPD Melaka Tengah. Antara sijil-sijil yang dianugerahkan kepada MOZAC ialah:
1. Pencapaian Terbaik PMR/SPM 2010
2. Lulus 100% PMR 2010
3. GPS bawah 2.0 PMR 2010
4. Bil calon terbanyak memperoleh A dalam semua matapelajaran PMR 2010
5. Pencapaian 100% layak SPM 2010


MOZAC sekali lagi dianugerahkan Anugerah Sekolah Cemerlang Negeri Melaka peringkat SPM 2010 (Kategori Biasa)dalam satu majlis yang diadakan di Seri Negeri pada7 Julai 2011 . Berikutan dengan itu sekolah telah menerima RM 2,000 dari kerajaan Negeri Melaka.Beberapa orang pelajar juga telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Negeri Melaka kerana pencapaian cemerlang dalam peperiksaan PMR & SPM 2010 serta penglibatan aktif di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Tahniah diucapkan


Adlina Abd Rahim
Muhd Adib Adam
SaifulAnuar a/l Singar

No comments:

Post a Comment