hmmmm..........beberapa minggu jew lg kan.....Peperiksaan Semester 1 akan bermula.Pejam celik-pejam celik,dah bulan 5.lagi 5 bulan lagi dah PMR.Tapi banyak cg kate batch kiter byk memain.Korg kurgkan lah bermain sbb prestasi batch kiter kurang memuaskan.Alhamdulillah,skrg nie budak Alpha dan Sigma telah mendapat program Mentor Mentee.Sebenarnya mender nie Sir Lee Hong Chin wat untuk Math jer,tp skrg banyak mentor(bdk alpha)bukan sahaja ajar budak sigma Math, tp lain-lain subjek gak.Syukur...syukur...Aq pown dpt tau yg Omega dah wat study group Math oleh cg Aiza.Tahniah.cuma Beta x dgr citer lg arr..Cg Azniza kate after x-m nie,die akan siapkan study group supaya batch kiter mencapai bkn sahaja tahap SBT yg memerlukan 80% pelajar PMR mendapat straight A,tp 100% straight A yg byk cg prasan batch kiter ade potensi.Sekian...
Kebanyakan pelajar, yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka.
Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar-pelajar sebagai panduan.
1. Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.
2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
3. Pilihlah masa untuk mengulangkaji sewaktu semangat belajar di tahap maksimum.
4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.
5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulangkaji pada hari
yang sama.
6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
8. Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan.
Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :
1. Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk belajar.
2. Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir peperiksaan.
3. Mengganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.
4. Belajar semata-mata untuk peperiksaan.
Bahan ini diterjemah dari :-
Learning Skill Center
The University of Texas at Austin
(Study Tips)
No comments:
Post a Comment